Chrome Lebih Menggunakan Memori Berbanding Pelayar Web Terkemuka Lain

Chrome Lebih Menggunakan Memori Berbanding Pelayar Web Terkemuka Lain

Diterbitkan pada June 22, 2012 oleh .

Dengan pelbagai pilihan pelayar web yang didatangkan pada hari ini, pihak GHacks telah pun mengambil peluang untuk melakukan ujian pengurusan memori pada setiap pelayar web terkemuka, dan hasilnya memperlihatkan Google Chrome merupakan pelayar web yang paling kurang efisyen dalam penggunaan memori berbanding yang lain.

Sebelum ini, ramai beranggapan yang mana Firefox adalah pelayar web yang agak kurang efisyen dalam pengurusan memori. Malah perkara tersebut mungkin benar bagi beberapa versi sebelum ini, namun pihak Mozilla telah memberikan perhatian serius dalam mengurangkan penggunaan memori pada komputer, sekaligus kini kelihatan jauh lebih efisyen berbanding Chrome.

Melalui ujian yang dilakukan oleh GHacks, mereka membuka sebanyak 10 laman web pada tab-tab berbeza, menggunakan Windows 7. Daripada apa yang diperlihatkan, Chrome menggunakan jauh lebih banyak memori berbanding pelayar web lain, termasuk Internet Explorer.

Opera pula dilihat hanya menggunakan hampir separuh sahaja memori daripada apa yang digunakan oleh Chrome, dan diikuti Firefox di tempat kedua. Internet Explorer yang tidak disukai ramai sendiri mengatasi Chrome dalam pengurusan memori.

Jadi, adakah Chrome semakin lama semakin membebankan sistem operasi komputer, ataupun adakah Google akan terus memberikan perhatian serius dalam pengurusan memori, dan memperbaikinya dalam versi-versi akan datang?


TIPS & ULASAN