Akhirnya, Pengeditan Komen Pada Facebook Lebih Mudah

Akhirnya, Pengeditan Komen Pada Facebook Lebih Mudah

Diterbitkan pada June 23, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini, pihak Facebook hanya sekadar membenarkan pengguna untuk membuat suntingan pada komen yang ditinggalkan dalam masa beberapa saat sahaja selepas ia diterbitkan, kini perkara tersebut diubah, sekaligus membolehkan para pengguna menyunting komen yang ditinggalkan pada bila-bila masa dengan mudah.

Menariknya, anda juga boleh melihat apakah komen yang telah disunting itu, dimana Facebook menyediakan sebuah pautan khas untuk rujukan melihat latar disebalik perubahan yang dilakukan pada sesuatu komen.

Fungsi ini mula diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat sejak daripada semalam, dan daripada apa yang kelihatan, Facebook membenarkan pengguna mengedit hampir ke semua komen yang ditinggalkan pada Facebook, walaupun beberapa minggu sebelum ini.

Terima kasih Aizan.


TIPS & ULASAN