PayLeven – Lagi Produk Rocket Internet Untuk Pasaran Malaysia Akan Dilancarkan

PayLeven – Lagi Produk Rocket Internet Untuk Pasaran Malaysia Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada June 23, 2012 oleh .

Rocket Internet nampaknya terus akan memperkenalkan pelbagai produk mereka untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. Selepas melancarkan beberapa laman jualan sebelum ini, nampaknya, Rocket Internet turut sama akan bersaing dengan Swiffpay dan SoftSpace di Malaysia melalui produk mereka yang terbaru dinamakan PayLeven.

Tarikh pelancaran rasmi untuk PayLeven di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, pihak pemasaran disebaliknya telah pun mula mendaftarkan akaun Twitter dan juga Facebook untuk perkhidmatan tersebut, memperlihatkan ia akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

PayLeven kelak akan memudahkan transaksi kewangan dilakukan terus pada peranti mudah-alih. Sama seperti beberapa perkhidmatan lain seumpamanya, PayLeven turut mensasarkan platform iOS dan juga Android. Untuk menggunakannya, peniaga memerlukan untuk mendapatkan peranti tambahan khas daripada PayLeven, dan kemudiannya boleh melakukan jualan produk mereka dengan mudah terus melalui telefon pintar mereka.

Pada masa yang sama, SoftSpace juga kini dalam fasa untuk memperkenalkan produk mereka, dimana kedengaran mereka bakal mengumumkan kerjasama bersama beberapa pihak tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN