Cari @ Amanz

Permainan berasaskan pelayar web mungkin masih kurang popular berbanding permainan berasaskan web seperti pada Facebook dan sebagainya. Namun, nampaknya Google ingin mengubah tanggapan ini, dengan kini menyediakan pilihan untuk memuat-turun Chrome versi permainan.

Sama seperti Google Chrome versi biasa, melalui Chrome Games, ia membolehkan para pengguna memuat-turun pelayar web tersebut bersama-sama dengan beberapa permainan yang didatangkan terbina dengannya. Antara permainan yang didatangkan termasuklah Angry Birds, Cut The Rope, Command & Conquer dan banyak lagi permainan menarik.

Google juga turut menyertakan pautan Chrome Web Store padanya, membolehkan mereka yang berminat memuat-turun dan memainkan ribuan permainan lain yang disediakan untuknya secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Chrome Games daripada laman rasmi, ataupun layari Chrome Web Store untuk memuat-turun pelbagai aplikasi dan permainan menarik padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd