Ura-Ura Berkaitan Peranti HTC One XXL Mula Kedengaran

Ura-Ura Berkaitan Peranti HTC One XXL Mula Kedengaran

Diterbitkan pada June 23, 2012 oleh .

Dengan lebih ramai yang jatuh cinta dengan HTC One X, nampaknya kini HTC bakal hadir dengan peranti yang lebih berkuasa tinggi. Ia diura-ura akan peranti baru ini kelak akan dipanggil HTC One XXL, didatangkan bersama-sama dengan skrin LCD2 bersaiz 4.7-inci, disamping beberapa penambahan baik yang lain.

HTC One XXL turut diperkatakan akan membawakan memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4 bersama-sama dengan sokongan LTE padanya. Spesifikasi lain yang turut diperlihatkan adalah kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.8-megapixel padanya.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada HTC. Jadi, sekiranya ini benar, adakah anda akan menantikan peranti HTC One XXL ini kelak, ataupun memilih peranti lain sebagai pilihan utama?


TIPS & ULASAN