Pengalaman Penggunaan Google Maps Yang “Menarik” Akan Hadir Ke iOS

Pengalaman Penggunaan Google Maps Yang “Menarik” Akan Hadir Ke iOS

Diterbitkan pada June 24, 2012 oleh .

Dengan Apple yang mula mengantikan aplikasi pemetaan pada iOS 6 dengan platform mereka tersendiri, mengantikan Google Maps, nampaknya Google tidak ingin duduk begitu sahaja, dan bakal memperkenalkan pengalaman yang lebih menarik lagi kepada pengguna iOS tidak lama lagi.

Perkara ini disahkan oleh salah seorang kaki tangan Google melalui laman Google+, mengatakan pengalaman penggunaan yang luarbiasa akan diperkenalkan pada iOS melalui Google Maps.

Namun, tiada sebarang tarikh diberikan untuknya. Baru-baru ini, Google telah pun mengumumkan kemaskini untuk Android, membawakan antaramuka 3D lebih menarik, sokongan peta secara luar talian, dan pelbagai penambah-baikkan yang lain lagi.

Apatah lagi dengan beberapa pengguna iOS 6 Beta yang mengatakan sokongan Maps padanya masih tidak menyeluruh, mungkin Google Maps akan menjadi pilihan ramai sekiranya diperkenalkan Google kelak.


TIPS & ULASAN