Cari @ Amanz

RIM sebelum ini telah mengatakan yang mana peranti BlackBerry 10 pertama daripada mereka kelak akan menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Namun, seperti biasa, RIM yang terkenal dengan papan kekunci fizikal, akan hadir dengan peranti QWERTY mereka. Dan salah seorang perekabentuk hadir dengan gambar konsep untuknya.

Gambaran konsep yang dibawakan oleh perekabentuk tersebut membawakan beberapa ciri-ciri daripada BlackBerry Bold 9900, dimana salah satunya adalah papan kekuncinya. Dan dengan integrasi skrin sentuh yang telah diperkenalkan oleh RIM sebelum ini, melalui gambaran konsep ini, ia membawakan skrin yang lebih panjang, sekaligus membolehkan para pengguna turut sama menggunakannya dengan mudah.

Walaubagaimanapun, untuk membuat skrin yang sedikit panjang berbanding biasa, pihak RIM perlu mengambil beberapa perkara untuk perhatian, termasuk resolusi sistem operasi mereka, supaya semua aplikasi berjalan dengan lancar padanya.

RIM dijangka akan memperkenalkan peranti BlackBerry 10 mereka pada bulan 10 kelak. Dan dengan penantian selama 4 bulan lagi, mungkin kita boleh melihat lebih banyak gambar konsep dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd