Sepanjang tahun ini, dunia startup tempatan semakin berkembang secara positif, apatah lagi dengan sokongan pelbagai pihak di Malaysia. Dan terkini, sebanyak lima syarikat baru tempatan akan ke Silicon Valley selama 4 minggu untuk mempelajari pelbagai perkara menarik daripada keusahawanan sehingga bagaimana memajukan perniagaan mereka dan sebagainya.
Gambar : MSDN Malaysia
Lima syarikat yang dapat ke sana adalah termasuk Piktochart, OctoApp, FanXT, SecQMe, dan juga Voucheres yang baru-baru ini dilihat seperti menghadapi sedikit masalah.
- Piktochart merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menyediakan beberapa kemudahan untuk membina infografik dengan mudah, dan berkongsi dengan lain melalui perkhidmatan tersebut.
- OctoApp pula merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan mereka yang gemar memasarkan produk mereka melalui Facebook, sekaligus memudahkannya untuk pelbagai tahap.
- FanXT menyediakan permainan fantasi berasaskan sukan, termasuk bola sepak dan sebagainya. Mereka menyediakan aplikasi untuk pelbagai platform, bukan sahaja pada web dan Facebook, tetapi turut sama pada platform mudah-alih seperti iPhone dan juga Android.
- SecQMe mungkin telah sedia dikenali ramai, yang mana menyediakan bantuan maya, membolehkan anda menetapkan tempat dan lokasi yang dituju, selain turut memudahkan anda menghantar mesej kecemasan sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
- Voucheres yang dilaporkan menghadapi sedikit masalah dalaman dan turut menutup laman mereka untuk sementara waktu turut sama dapat majukan diri mereka ke siliconValley, dimana mereka menyediakan perkhidmatan kupon dan baucar diskaun berasaskan lokasi.