Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini kami pernah berkongsi akan salah satu perisian yang dibangunkan pembangun tempatan, kali ini, kami berkongsi salah satu aplikasi popular dengan fungsi lebih kurang sama, dinamakan sebagai MightyText.

MightyText memudahkan pelbagai proses untuk anda menghubungkan ke pelayar web dan sebagainya, dimana ia menggunakan akaun Google untuk di sync dan sebagainya. Memandangkan peranti Android sedia menggunakan akaun Google, perkara ini dapat dilakukan dengan mudah.

Sebaik sahaja anda selesai memasang aplikasi Android Mighty Text pada peranti anda, kemudiannya anda boleh ke laman Mighty Text App untuk mula menggunakannya melalui sebarang pelayar web. Untuk memudahkan, pihak pembangunnya turut menyediakan aplikasi khas untuk Chrome dan juga Firefox dalam bentuk add-on.

Daripada penggunaan kami, selain daripada hanya menghantar teks dan sebagainya, ia turut membolehkan anda menghantar MMS, disamping memberitahu sekiranya mempunyai sebarang panggilan yang terlepas (miscall).

Jadi, sekiranya anda sering terlupa untuk membalas SMS ketika dihadapan komputer, ataupun malas untuk mengangkat telefon untuk menjawab SMS dan sebagainya, mungkin aplikasi MightyText ini amat berguna untuk anda.

Selain MightyText, mungkin anda turut boleh mencuba aplikasi FastText yang dibangunkan pembangun tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd