Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Tranformer Pad Infinity, kini video promosi selama lebih kurang 8 minit untuk produk tersebut telah pun mula kelihatan di arena web, dan sekaligus memberikan petanda peranti tersebut akan mula dijual tidak lama lagi.

Asus Transformer Pad Infinity boleh dikatakan kelak akan menjadi tablet berkuasa tinggi dengan pelbagai ciri-ciri menarik padanya. Ia membawakan srkin FHD Super IPS+ seluas 10.1-inci dengan resolusi 1920×1200, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang 8-megapixel, dan jangka masa bateri sehingga 10 jam (16 jam dengan sokongan dock.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Namun mungkin pihak Asus perlu menyusun jadual pelancaran mereka supaya tidak menghampakan para pengguna, apatah lagi mereka disasarkan melancarkan Padfone untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, disamping tablet Nexus yang diura-ura akan diperkenalkan pada Google I/O kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd