Info Dan Gambar Awal Google Nexus 7 Kelihatan Di Arena Web

Info Dan Gambar Awal Google Nexus 7 Kelihatan Di Arena Web

Diterbitkan pada June 25, 2012 oleh .

Dengan Google I/O yang dijadualkan untuk beberapa hari sahaja lagi, kini lebih maklumat berkaitan dengan tablet Google Nexus 7 yang dibangunkan oleh Asus itu mula kelihatan, termasuk dengan beberapa info berkenaan spesifikasi dan juga gambaran awalnya.

Perkara ini didapati oleh Gizmodo Australia, mengatakan ianya merupakan daripada dokumen latihan dalaman untuk tablet tersebut. Apa yang diketahui, tablet tersebut akan mula dijual pada bulan Julai kelak, dan akan menjalankan Android 4.1 Jelly bean, seperti diperkatakan sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, apa yang dilaporkan adalah Google Nexus 7 kelak akan membawakan skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800, cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 1.3GHz, 1GB RAM, nVidia GeForce GPU 12-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel, sokongan NFC, dan juga bateri dengan jangka masa bertahan sehingga 9 jam.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat lebih banyak info berkaitan dengan tablet ini diumumkan oleh Google pada acara Google I/O dalam tempoh dua tiga hari lagi.

Sementara itu, sekiranya ia adalah seperti apa yang diperlihatkan, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN