Cari @ Amanz

Selain dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, kini beberapa web juga turut dioptimasikan untuk digunakan tanpa sebarang tetikus, dan salah satunya adalah produk dan aplikasi Google. Melalui kebanyakkan produk-produk Google berasaskan web, anda boleh mengetahui pelbagai kekunci pintas dengan hanya menekan kekunci “?” pada komputer anda.

Dengan menekannya, ia akan memaparkan beberapa pintasan kekunci, membolehkan anda mengakses dan melakukan pelbagai perkara dengan mudah tanpa perlu menyentuh tetikus anda.

Ia mungkin agak berguna bagi mereka yang sering menaip dan sebagainya. Kami telah menguji sokongan ini pada Google Plus, Google Drive, GMail, dan juga Google Docs, dan ia berfungsi tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd