Facebook Mengantikan Semua Alamat Emel Kepada Alamat Facebook.com

Facebook Mengantikan Semua Alamat Emel Kepada Alamat Facebook.com

Diterbitkan pada June 26, 2012 oleh .

Dalam usaha untuk mengalakkan lebih ramai berhubung menggunakan alamat emel yang disediakan oleh Facebook, hari ini pihak Facebook telah pun mula mengantikan semua emel yang dipaparkan pada profil, dengan hanya memperlihatkan emel Facebook sahaja. Namun, untuk beberapa perkara, seperti mendapatkan kata laluan dan notifikasi, emel asal masih digunakan lagi buat masa ini.

Sekiranya anda melayari sebarang profil hari ini, semuanya digantikan dengan penggunaan emel oleh Facebook. Dan bagi beberapa pengguna yang masih belum memilih Facebook Username mereka, emel tersebut dipaparkan dalam bentuk nombor, yang mana semestinya salah satu perkara yang sukar untuk diingati dan dihubungi oleh orang lain.

Bagi mereka yang ingin mengubahnya kembali, anda hanya perlu klik pada pautan About di profil Facebook anda, dan kemudiannya klik pada butang Edit di bahagian emel.

Walaupun untuk mengubahnya, ia merupakan salah satu perkara yang mudah, namun ramai pengguna yang tidak gemarkan cara Facebook mengendalikan perkara ini, dengan tidak memberitahu kepada pengguna berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN