Kemaskini Instagram Untuk iOS Membawakan Integrasi Sokongan Facebook Like

Kemaskini Instagram Untuk iOS Membawakan Integrasi Sokongan Facebook Like

Diterbitkan pada June 26, 2012 oleh .

Dengan pengambil-alihan Instagram oleh Facebook, kini sedikit demi sedikit integrasi mula kelihatan, dimana terkini melalui kemaskini Instagram untuk iOS, ia membawakan integrasi Facebook Like, selain beberapa fungsi baru yang lain padanya.

Instagram 2.5 untuk iOS turut sama membawakan sedikit kemaskini visual padanya, disamping membawakan kemaskini pada bahagian menghantar komen serta pada carian gambar di Instagram. Prestasi dan kepantasan di Instagram turut sama ditambah baik melalui kemaskini yang diperkenalkan ini.

Bagi para pengguna Instagram di iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut daripada AppStore. Sokongan Facebook Like boleh diaktifkan dengan ke Profile > Settings > Sharing settings > Facebook.

Kemaskini : Kemaskini serupa turut diperkenalkan kepada para pengguna Android. Bagi pengguna Android, boleh memuat-turunnya terus daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN