10 Carian Terhangat Google Malaysia Sepanjang 15 Jun – 21 Jun 2012

10 Carian Terhangat Google Malaysia Sepanjang 15 Jun – 21 Jun 2012

Diterbitkan pada June 26, 2012 oleh .

Carian minggu lepas memperlihatkan banyak carian dilakukan terhadap industri hiburan dan juga topik berkisar keagamaan. Minggu ini juga menampakkan sedikit kelainan. Carian berkisar politik tidak banyak dilakukan sepanjang minggu 15 Jun – 21 Jun 2012.

1) Petron
Ramai pengguna menyedari stesen minyak Petron yang menggantikan stesen minyak Esso selepas pembelian syarikat oleh Petron Corp yang berasal dari Filipina terhadap Esso Malaysia Berhad

2) Israk Mikraj

Umat islam mencari maklumat berkenaan pengembaraan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Palestin, dan naik ke syurga ditemani Malaikat Jibril.

3)Anzalna
Konfrontasi diantara selebriti ini dan Neelofa telah menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan

4) Keanu Reeves
Ramai pengguna internet mencari maklumat berkenaan watak beliau untuk filem Hollywood seterusnya yang diterbitkan oleh Uru Patel, produser Hollywood yang berasal dari India. Pelakon Bollywood Salman Khan berkemungkinan akan berlakon didalam filem ini

5) e-Pangkat
Guru-guru boleh menyemak status kenaikan pangkat mereka melalui laman web Kementerian Pelajaran ini.

6) EURO Results
Peminat bola mencari keputusan EURO 2012 dan juga jadual perlawanan seterusnya.

7) Uncle Seekers
Personaliti ini mendapat perhatian berikutan gossip terhadap kerabat diraja.

8) Justin Bieber
Pelancaran album baru ‘Believe’ pada 19 Jun menampakkan kematangan bintang Canada ini. Video ‘Boyfriend’ telah ditonton sebanyak 8 juta kali dalam tempoh 24 jam pertama.

9) Legoland Malaysia
Rakyat Malaysia mencari maklumat untuk memberikan berkaitan Legoland yang akan dibuka pada 15 September

10) Azhar Idrus
Ustaz dari Terengganu ini mendapat banyak perhatian disebabkan kuliah atas-talian beliau.


TIPS & ULASAN