Jom Main Lego Pada Google Chrome

Jom Main Lego Pada Google Chrome

Diterbitkan pada June 26, 2012 oleh .

Lego boleh dikatakan merupakan salah satu permainan yang menarik, disamping meningkatkan kreativiti pemainnya. Dan kini, Google bersama-sama Lego membawakan Lego versi maya, membolehkan para pengguna membangunkan atau membina sesuatu menggunakan Lego terus pada pelayar web Chrome mereka.

Aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Google bersama pihak Lego itu, ia membolehkan para pengguna membangunkan apa sahaja menggunakan Lego, dalam kaedah interaktif 3D.

Anda boleh memulakan pembinaan anda dengan memilih suatu lokasi khas yang disediakan, dan menambah pelbagai Lego padanya dengan memilih warna serta beberapa rekabentuk Lego yang khas. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan para pengguna menerbitkan rekabentuk mereka supaya dapat dilihat dan dikongsi oleh pengguna seluruh dunia.

Jadi, untuk mula bermain Lego terus pada pelayar web Chrome anda, layari laman rasmi BuildWithChrome, dan jangan lupa berkongsi rekabentuk menarik anda bersama kami.

Kemaskini 02:09, 27 Jun 2012 – Video penghasilan Kufi Amanz Media disertakan dibawah ini


TIPS & ULASAN