Apple akhirnya mula memberikan perhatian kepada rantau Asia, dimana hari ini mereka telah pun melancarkan iTunes Store kepada pengguna Malaysia, termasuk 11 negara berdekatan lain, termasuk Singapura dan juga Brunei.
Dengan pelancaran iTunes Store di Malaysia, ia sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mengakses lagu-lagu daripada artis Asia, disamping tuurt memuat-turun ribuan lagu, video, dan sebagainya daripada syarikat terkemuka seperti Warner Bros, Paramount, Sony Pictures dan sebagainya terus ke komputer atau peranti iOS mereka.
Pada masa yang sama, sokongan iTunes Match turut diperkenalkan kepada para pengguna tempatan, membolehkan mereka menyimpan koleksi lagu mereka di iCloud untuk diakses pada bila-bila masa menggunakan peranti iOS.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun iTunes 10.6.3 hari ini untuk Mac dan Windows, dan menggunakan kelebihan daripada pelancaran untuk pengguna tempatan hari ini.