Cari @ Amanz

Umum sedia maklum yang mana terdapat puluhan aplikasi desktop mahupun berasaskan web yang membolehkan anda memuat-turun video dari YouTube. Menyertai ke semua itu, yang terbaru adalah Direct YouTube Downloader yang mana merupakan aplikasi berasaskan desktop untuk Windows.

Menariknya mengenai aplikasi Direct YouTube Downloader adalah dimana ia bukan hanya menawarkan memuat-turun sesuatu video dalam bentuk individu, tetapi turut sama membawakan sokongan untuk memuat-turun sesuatu playlist mahupun saluran YouTube itu terus untuk koleksi anda dengan pantas dan mudah.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan kualiti muat-turun untuk sesuatu video, dan menariknya, ia turut membawakan sokongan untuk memuat-turun hanya audio sahaja, selain membawakan sokongan untuk memuat-turun video sehingga saiz 4K dan juga HD penuh 1080p.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Direct YouTube Downloader hari ini. Dan ketika pemasangannya, berikan perhatian untuk tidak menandakan sebarang aplikasi tambahan, yang mana mungkin menambah beberapa toolbar pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd