BBM Pada BlackBerry 10 Akan Memfokuskan Kepada Penjimatan Bateri

Diterbitkan pada Jun 27, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan selepas memperlihatkan beberapa spesifikasi awal untuk peranti BlackBerry 10 sebelum ini, kini N4BB sekali lagi memperlihatkan beberapa paparan dan rekabentuk antaramuka untuk BlackBerry Messenger yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan BlackBerry 10.

Menariknya, selain daripada sokongan permesejan, ia juga bakal menyertakan beberapa ciri-ciri menarik padanya, termasuk sokongan tema, membolehkan para pengguna mengubah kepada tema yang gelap, sekaligus menjimatkan penggunaan bateri pada peranti tersebut.

Selain daripada penggunaan tema yang gelap, mungkin kita akan dapat melihat RIM hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik pada BBM kelak. Sebelum ini, ia juga akan didatangkan dengan integrasi menyeluruh dengan buku alamat dan sebagainya kelak.

Sama-sama kita nantikan pelancaran BlackBerry 10 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami