Microsoft Terus Mempromosikan Skrin Permulaan Baru Pada Windows Phone 7.8

Microsoft Terus Mempromosikan Skrin Permulaan Baru Pada Windows Phone 7.8

Diterbitkan pada June 27, 2012 oleh .

Sejak diumumkan pada minggu lepas, ramai pengguna Windows Phone sedia ada yang menantikan kemaskini Windows Phone 7.8, yang mana salah satu fungsi yang digemari ramai melaluinya adalah skrin permulaan yang baru, dengan tiles yang boleh diubah saiznya.

Microsoft juga seperti amat mengemari fungsi tersebut, yang membuatkan lebih ramai tertarik dengan platform Windows Phone. Selain beberapa video yang dimuat-naik sebelum ini oleh pihak Microsoft, mereka juga berkongsi sebuah video ringkas, mendemonstrasikan fungsi Windows Phone 7.8 Start Screen.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna Windows Phone sedia ada, termasuk Nokia Lumia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN