MetroTwit Yang Dioptimasikan Untuk Windows 8 Kini Pada Windows Store

MetroTwit Yang Dioptimasikan Untuk Windows 8 Kini Pada Windows Store

Diterbitkan pada June 27, 2012 oleh .

Bagi para pengguna sistem operasi Windows, salah satu aplikasi Twitter untuk desktop yang popular dan digemari adalah MetroTwit. Seperti pada namanya, ia membawakan antaramuka Metro padanya, dan hari ini, pembangunnya telah pun memperkenalkan perisian mereka itu untuk para pengguna Windows 8.

MetroTwit yang kini boleh didapati melalui Windows Store itu, ia dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna Windows 8, membolehkan mereka menggunakan beberapa fungsi popular Windows 8, seperti AeroSnap, pin pada skrin utama, dan pelbagai perkara lain lagi.

Memandangkan ia menggunakan antaramuka Metro, maka aplikasi Twitter MetroTwit ini kelihatan amat menarik sekali pada desktop Windows 8. Beberapa akses pantas, seperti carian hashtag, melihat perbincangan di Twitter dan sebagainya turut disertakan padanya.

Sekiranya anda menggunakan Windows 8, maka mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi MetroTwit terus daripada Windows Store hari ini, dan menjadikan pengalaman penggunaan Twitter lebih menarik lagi.


TIPS & ULASAN