Perkhidmatan Maxis IPTV Boleh Dinikmati Pengguna Bermula Bulan Hadapan

Perkhidmatan Maxis IPTV Boleh Dinikmati Pengguna Bermula Bulan Hadapan

Diterbitkan pada June 27, 2012 oleh .

Selain HyppTV daripada Telekom Malaysia, dan juga Astro Byond IPTV, kini Maxis juga turut sama menceburi bidang yang sama melalui Maxis IPTV, dimana hari ini mereka telah pun menandatangai perjanjian bersama-sama beberapa rakan kerjasama, termasuk RTM dan juga Media Prima.

Perkhidmatan tersebut dijangka akan diperkenalkan kepada para pelanggan Maxis Home bermula bulan Julai kelak. Namun, pihak Maxis masih belum mengumumkan harga dan pakej untuknya. Mengikut beberapa sumber awal, ia kedengaran harga langganannya kelak akan berharga dibawah RM200 (bersama pakej internet).

Selain daripada RTM dan juga Media Prima, mereka juga menandatangani perjanjian bersama lebih 12 rakan kerjasama yang lain, dimana membolehkan mereka menawarkan bukan sahaja rancangan biasa, tetapi turut sama menawarkan sokongan VOD (Video on Demand) melalui Maxis IPTV kelak.

Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Maxis IPTV dijangka akan diumumkan pada bulan Julai, bersama-sama dengan pelancaran perkhidmatan tersebut.


TIPS & ULASAN