Apple TV Ditawarkan Melalui Apple Store Malaysia Pada Harga RM349

Apple TV Ditawarkan Melalui Apple Store Malaysia Pada Harga RM349

Diterbitkan pada June 27, 2012 oleh .

Akhirnya, kini bagi AppleTV telah pun boleh didapati oleh para pengguna tempatan, apabila pihak Apple telah pun mengemaskini laman jualan Apple Store Malaysia dengan menyertakan Apple TV pada harga jualan sebanyak RM349.

Buat masa ini, kami masih tidak pasti lagi sama ada pengedar rasmi Apple telah pun mula menjualnya ataupun sebaliknya.

Melalui Apple TV, ia membawakan sokongan memainkan filem dalam bentuk HD penuh – 1080p, disamping menawarkan sokongan menonton video daripada YouTube dan Vimeo. Apple TV ini turut menyertakan sokongan popular Apple yang lain, termasuk AirPlay, membolehkan anda memainkan video daripada peranti iOS ke Apple TV.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh ke laman jualan Apple Store Malaysia, dan melakukan tempahan pada harga RM349.

Selain Apple TV, pada awal hari ini, pihak apple turut sama mengumumkan sokongan iTunes Store untuk Malaysia, dan beberapa negara Asia berdekatan, membolehkan anda membeli filem, lagu dan pelbagai kandungan dengan lebih mudah lagi.


TIPS & ULASAN