Cari @ Amanz

Dengan acara Google I/O yang bakal memfokuskan pada Chrome dan beberapa produk Google yang lain, hari ini Google telah pun mengemaskini pelayar web popular mereka, Google Chrome kepada angka versi 20 untuk platform Windows, Mac dan juga Linux.

Walaupun mungkin ramai pengguna menantikan sesuatu yang baru melalui Chrome 20, namun ia bukanlah apa yang berlaku, dimana Chrome 20 lebih memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan.

Google sendiri mungkin akan berkongsi lebih banyak perkara menarik yang bakal dihadirkan pada Chrome dan juga Chrome OS melalui sesi khas yang akan diadakan pada Google I/O hari kedua, iaitu pada tarikh 29 Jun kelak.

Sementara itu, anda boleh mengemaskini pelayar web Chrome anda kepada angka versi terkini secara automatik, ataupun memuat-turunnya daripada halaman rasmi Google secara manual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd