Gambar Tablet Nexus 7 Dimuat-Naik Ke Pelayan Google

Gambar Tablet Nexus 7 Dimuat-Naik Ke Pelayan Google

Diterbitkan pada June 27, 2012 oleh .

Dengan pengumuman Google hanya dalam masa kurang sejam lagi, kini gambar Google Nexus 7 telah pun mula kelihatan di arena web, dimana AndroidPolice mendapatkan gambar tersebut daripada pelayan Google Play Store sendiri.

Melalui gambaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana ia menyerupai apa yang diperlihatkan sebelum ini, disamping membawakan rekabentuk skrin Android yang serba baru berbeza dengan Ice Cream Sandwich sebelum ini.

Daripada paparan skrin Android juga, beberapa perkara yang kelihatan termasuk ikon Chrome, Google Music, YouTube dan juga Google+ padanya. Apa yang menariknya, daripada paparan yang diperlihatkan juga, Nexus 7 membawakan rekabentuk antaramuka Android seperti pada telefon pintar, dan bukannya seperti pada tablet Android sebelum ini.

Spesifikasi penuh masih tidak diketahui buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan oleh Google pada acara Google I/O dalam masa kurang sejam lagi.


TIPS & ULASAN