Carian
(Video) Google Nexus Q Dipertontonkan
June 28, 2012 Aman

Selain daripada Google Nexus 7 yang tertiris ke arena web, peranti baru dinamakan sebagai Google Nexus Q juga mula kelihatan, diperkenalkan oleh Google sebagai peranti pemain media sosial pertama didunia.

Melalui Nexus Q, ia boleh dihubungkan kepada pelbagai peranti Android, dan membolehkan anda memainkan lagu daripada awan terus ke peranti anda dengan mudah. Disamping itu, ia juga membawakan sokongan perkongsian ke TV, selain diintegrasikan kawalan sosial, membolehkan bukan sahaja anda, tetapi turut dikawal oleh rakan-rakan anda dengan mudah.

Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan dikongsikan oleh Google pada I/O kelak, seperti harga dan tarikh jualannya kelak, serta fungsi penuh peranti tersebut.

Komen