(Video) Google Nexus 7 Daripada Asus

(Video) Google Nexus 7 Daripada Asus

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Disamping gambar Nexus 7 yang mula kelihatan, Google juga turut sama telah memuat-naik video berkenaan dengan Google Nexus 7 ke YouTube, sekaligus memperlihatkan ianya dengan lebih dekat lagi.

Melalui Nexus 7, Google membawakan bersama cip pemprosesan empat-teras, pada skrin bersaiz 7-inci, dimana dioptimasikan untuk penggunaan harian, termasuk memainkan permainan, pembacaan, dan sebagainya. Google mengatakan ianya dikhaskan untuk kandungan.

Buat masa ini, berapakah harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan oleh Google pada acara Google I/O sebentar lagi.


TIPS & ULASAN