Pada Google I/O hari ini, Google berkongsi akan statistik terbaru berkenaan dengan Android. Melaluinya, Google mengatakan yang mana kini lebih daripada 1 juta peranti Android diaktifkan setiap hari, salah satu pencapaian yang menarik untuk pihak Google.
Disamping itu, kini Google mengatakan terdapat lebih daripada 400 juta peranti Android, meningkat berkali-ganda berbanding tahun-tahun lepas.
Selesai sahaja mengumumkan mengenai statistik semasa Android, Google turut sama mengumumkan mengenai Android 4.1 Jelly Bean, yang menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.