Google Memperkenalkan Voice Search Yang Diberi Nafas Baru

Google Memperkenalkan Voice Search Yang Diberi Nafas Baru

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Sejak daripada Siri diperkenalkan, ramai yang bertanya akan jawapan Google untuknya. Dan nampaknya, kini Google hadir dengan kemaskini sokongan Voice Search pada Google, yang membolehkan para pengguna melakukan carian menggunakan suara dengan interaktif, disamping membolehkan hasil carian dibacakan kepada mereka.

Sokongan ini dibawakan oleh Google dengan menggunakan teknologi Knowledge Graph yang diperkenalkan oleh mereka tidak lama sebelum ini. Ia memaparkan informasi utama yang dicari oleh anda dengan mudah terus melalui rekabentuk yang ringkas.

Namun, nilai tambah padanya boleh dikatakan adalah dimana para pengguna turut sama boleh melihat hasil carian yang lain dengan hanya swipe akan skrin tersebut, dan melihat hasil keputusan carian yang lain padanya.

Jikalau kita dapat lihat, Siri dan beberapa aplikasi lain memfokuskan kepada penggunaan data daripada pelbagai pihak lain, manakala Google menggunakan data sendiri daripada Knowledge Graph. Semestinya ia masih lagi pada peringkat awal, dan akan ditambah baik dengan pelbagai fungsi pada masa akan datang.

Google Voice Search ini bakal didatangkan bersama-sama dengan Android 4.1 Jelly Bean bermula bulan Julai ini kelak.


TIPS & ULASAN