Google Now Diperkenalkan – Pembantu Maya Anda

Google Now Diperkenalkan – Pembantu Maya Anda

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Selain daripada sokongan Voice Search yang baru, Google turut sama memperkenalkan Google Now untuk para pengguna Android, membolehkan mereka mengikuti pelbagai bentuk informasi dalam bentuk menarik, sebelum mereka melakukan carian mengenainya.

Google Now menggunakan pelbagai teknologi daripada Google, dan diintegrasikan bersama, dalam membantu para pengguna membuat dan mendapatkan pelbagai informasi semasa dengan pantas.

Sebagai contoh, ia akan memberitahu anda berkenaan dengan keadaan trafik semasa, disamping sekiranya anda mempunyai sebarang temujanji, ia akan mengira masa yang akan diambil untuk tiba ke lokasi, dan mengaktifkan pengera apabila tiba masa untuk anda bergerak.

Google Now turut sama menggunakan integrasi Voice Search baru dalam memperlihatkan hasil carian anda, membolehkan anda membuat pelbagai carian dengan pantas melaluinya. Disamping itu, ia turut membolehkan anda melihat kemaskini masa-nyata untuk sesuatu sukan dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.

Google Now akan didatangkan sebagai sebahagian daripada Android 4.1 Jelly Bean, dan akan diperkenalkan pada Galaxy Nexus seawal Julai ini.


TIPS & ULASAN