Cari @ Amanz

Dengan perang platform mudah-alih pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana notifikasi diperlihatkan. Dan Android yang sedia terkenal dengan sistem notifikasi yang baik, kini terus menambah-baik bagaimana notifikasi diperlihatkan, sekaligus memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi.

Bar notifikasi yang diberikan nafas baru ini membolehkan para pengguna mengetahui lebih banyak info berkaitan sesuatu notifikasi, disamping menyelesaikan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat notifikasi panggilan yang tidak dijawab, anda boleh melakukan panggilan semula, ataupun menghantar balik terus pada bar notifikasi tersebut. Perkara sama juga untuk aplikasi lain, termasuk dimana anda boleh melihat gambar yang dikongsikan pada laman sosial, dan membaca lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara, terus daripada bar notifikasi tersebut.

Sistem notifikasi ini juga memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa memerlukan mereka ke sesuatu aplikasi itu sendiri.

Fungsi baru ini diperkenalkan untuk para pengguna Android 4.1 Jelly Bean, yang mana akan diperkenalkan bermula bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd