Google Voice Input Kini Boleh Berfungsi Tanpa Talian Internet

Google Voice Input Kini Boleh Berfungsi Tanpa Talian Internet

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Sejak daripada dulu lagi, Google telah pun menyertakan sokongan Voice Input pada peranti Android mereka. Namun tidak mendapat perhatian ramai, sehinggalah Android ICS, memandangkan lebih banyak sokongan bahasa diperkenalkan, termasuk Bahasa Malaysia. Dan melalui Android 4.1, mereka terus menambah-baik lagi sokongan tersebut.

Salah satu fungsi menarik yang diumumkan oleh Google pada acara Google I/O hari ini adalah sokongan Voice Input secara luar-talian, membolehkan para pengguna kekal menggunakan fungsi tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang sokongan internet.

Seperti umum sedia maklum, kebanyakkan sokongan input suara masih bergantung kepada talian internet, termasuk Voice Input daripada Google. Namun, melalui Jelly Bean, ia ditambah-baik, membolehkan ia berfungsi luar talian.

Walaubagaimanapun, sokongan tersebut hanya meliputi bahasa Inggeris sahaja untuk peringkat awal ini, dan dijangka akan diperluaskan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN