Seperti umum sedia maklum, Google Music sedia diintegrasikan bersama Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian lagu terus daripadanya. Dan dalam usaha untuk menambah nilai pada pengguna, disamping memudahkan proses pembelian, kini Google membawakan sokongan seumpama Shazam padanya.
Fungsi yang dinamakan sebagai What’s This Song ini membolehkan para pengguna membuat carian lagu dengan mudah melaluinya. Sama seperti Shazam, anda hanya perlu klik padanya, dan membuatkan ia mendengar pada sesuatu lagu sebelum ia memaparkan nama dan tajuk lagu berkenaan.
Apa yang menariknya, sokongan tersebut turut diintegrasikan kepada Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian sesuatu lagu tersebut dengan mudah.