Tablet Nexus 7 Diumumkan Secara Rasmi Oleh Google

Tablet Nexus 7 Diumumkan Secara Rasmi Oleh Google

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Setelah diperlihatkan dalam bentuk gambar dan juga video lebih awal daripada sepatutnya, pihak Google akhirnya telah pun memperkenalkan peranti Google Nexus 7 kepada umum, yang mana dibangunkan bersama oleh pihak Asus dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Melalui Nexus 7, Google mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada para pengguna menikmati kandungan digital terus pada tablet mereka, tanpa sebarang masalah termasuk lag dan sebagainya.

Nexus 7 membawakan skrin dengan paparan HD bersama resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra3 empat-teras bersama GPU 12 teras, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan WiFi, Bluetooth dan NFC, serta bateri yang tahan lama, membolehkan anda menikmati video HD selama 9 jam dengan sekali cas.

Peranti ini akan ditawarkan melalui Google Play Store untuk beberapa negara terlebih dahulu, dan akan diperluaskan kepada negara-negara lain tidak lama lagi. Ia dijual pada harga $199 (~RM635), yang mana jauh lebih murah daripada 1MalaysiaPad.


TIPS & ULASAN