Cari @ Amanz

Seperti Facebook Events, kini Google turut sama mengintegrasikan fungsi yang lebih kurang sama pada laman sosial mereka, dinamakan sebagai Google+ Events. Dan apa yang menariknya mengenai fungsi terbaru ini adalah sokongan ia sync bersama Google Calendar, disamping rekabentuk Google+ Events sendiri yang menarik.

Google mengoptimasikan sepenuhnya paparan untuk Events, dimana penganjur boleh menambah peta dari Google Maps, disamping menjemput rakan-rakan dengan mudah. Apatah lagi, anda turut boleh melakukan sesuatu Events itu peribadi, dan hanya mereka yang dijemput sahaja boleh melihatnya.

Disamping itu, dari penglihatan jemputan pula, paparan antaramuka yang diperlihatkan amat menarik sekali, dengan animasi seumpama kad fizikal. Anda boleh lihat sendiri contoh acara pada Google+ di akaun +Amanz untuk #LepakIT.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd