Google Chrome Untuk Android Mencapai Fasa Stabil

Google Chrome Untuk Android Mencapai Fasa Stabil

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Antara pelayar web yang popular pada platform Android adalah Chrome. Setelah sekian lama dalam fasa beta, hari ini secara rasminya, Google telah pun melancarkannya dalam bentuk stabil, dan boleh dimuat-turun terus daripada Google Play Store hari ini.

Namun, seperti sebelum ini, ia masih dikhaskan untuk pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich sahaja. Perkara ini salah satunya adalah disebabkan penggunaan beberapa teknologi seperti hardware acceleration yang hanya terdapat pada ICS, dan tidak pada versi sebelumnya.

Dari segi kemaskini, versi stabil ini berfungsi lebih stabil, disamping lebih pantas berbanding versi beta sebelum ini. Ia juga membawakan sedikit kemaskini antaramuka untuk tablet.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Chrome untuk Android terus daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN