Aplikasi Google Maps Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Luar-Talian

Aplikasi Google Maps Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Luar-Talian

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Selepas mengumumkan sokongan offline untuk Google Maps pada Android sebelum ini, akhirnya, hari ini pihak Google telah pun memperkenalkan kemaskini aplikasi Google Maps untuk pengguna Android dengan fungsi tersebut, sekaligus memudahkan mereka menggunakan sokongan Google Maps walaupun tanpa sambungan internet pada peranti anda.

Untuk menggunakan sokongan tersebut, anda hanya perlu melakukan carian untuk sesuatu bandar, dan kemudiannya membuat pilihan “Make Available Offline”. Kemudiannya, data berkaitan akan dimuat-turun dan disimpan pada peranti anda untuk diakses pada kemudian hari.

Disamping itu, melalui kemaskini Google Maps yang diperkenalkan, ia juga menyertakan sokongan Compass Mode yang lebih pantas untuk Street View.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Google Maps secara percuma daripada Google Play Store, dan menggunakan fungsi baru ini, sekaligus memudahkan anda dalam bergerak sekitar bandar anda.


TIPS & ULASAN