Cari @ Amanz

Jika anda terlepas acara LepakIT  Amanz di Taman KLCC tempohari, kini anda mempunyai peluang untuk bertemu kami sekali lagi dalam LepakIT edisi kedua di Pulau Pinang. Kami akan berada di Pulau Pinang hujung minggu ini (Sabtu/30 Jun) di  KDU College (peta) sempena BarCamp. Seperti LepakIT yang lalu anda digalakkan membawa bahan makanan. Penulis kami Aman Firdaus, Ikhwan Nazri dan Effi Saharudin akan menampakkan sosok misterius mereka kali ini. Inilah peluang anda untuk bertegur sapa, bertepuk tampar , tinju meninju dan berdebat secara fanboy dengan kami. Kami berharap dapat menemui pembaca setia Amanz.my dari zon utara disana kelak. Jangan lepaskan peluang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd