Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan kemaskini Google Maps, pihak pembangun Google juga turut sama mengeluarkan kemaskini untuk Google Earth, membolehkan para pengguna Android menikmati paparan Google Earth dalam bentuk 3D yang lebih menarik lagi berbanding dengan sebelumnya.

Walaubagaimanapun, bilangan bandar yang diperlihatkan dalam bentuk 3D masih lagi sikit, dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Aplikasi Google Earth yang baru ini disokong pada platform Google Android 2.1 dan yang terkini. Namun daripada beberapa komen pengguna, ia kelihatan aplikasi Google Earth ini menggunakan memori yang agak tinggi apabila sokongan paparan 3D diaktifkan padanya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Google Earth 7.0 secara percuma terus melalui Google Play.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd