BlueStacks sedia popular dengan sokongan untuk menjalankan aplikasi Android terus pada Windows. Hari ini, mereka melangkah setapak kehadapan lagi, dengan memperkenalkan BlueStack untuk Mac, sekaligus membolehkan anda menjalankan aplikasi Android terus pada Mac OS X.
Buat masa ini, hanya sebanyak 17 aplikasi sahaja disokong, dan dijangka akan menambah lebih banyak aplikasi dari bulan ke bulan. Apatah lagi, ia masih diperkenalkan dalam bentuk Alpha, maka mungkin masih mempunyai sedikit masalah yang masih belum dikenal-pasti lagi.
Jadi, bagi anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi Android pada Mac OS X anda, muat-turun BlueStacks hari ini, dan gunakannya sendiri.