Carian
Google Mendemonstrasikan Project Glass Pada Google I/O
June 28, 2012 Aman

Dengan keynote yang agak lama pada Googel I/O, Google semestinya mengetahui bagaimana menarik perhatian para pendengar dan penonton. Perkara ini dilakukan oleh Google dengan mendemonstrasikan Project Glass mereka yang dinantikan ramai, dengan membuat pelbagai aksi sukan lasak dengan menggunakan Google Glass.

Untuk mendemonstrasikannya, Google mengupah skydivers untuk melompat dengan menggunakan Google Glass, disamping berkongsi akan mengenainya secara langsung melalui Google+ Hangout. Daripada situ, ia disambung kepada penunggang basikal, dan beberapa orang lain lagi, sekaligus memperlihatkan apa yang bakal boleh dibuat melalui Google Glass kelak.

Pada masa yang sama, Google turut sama membuka pra-tempahan untuk para pembangun yang menetap di Amerika Syarikat, dimana melalui pra-tempahan yang diadakan, Google membuka peluang kepada pembangun mendapatkan peranti tersebut pada harga $1,500, dan akan dihantar kepada pembangun pada awal tahun hadapan.

Komen