ROM Jelly Bean Untuk Galaxy Nexus Tertiris Ke Arena Web

ROM Jelly Bean Untuk Galaxy Nexus Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Nampaknya ia tidak mengambil masa yang lama untuk pembangun mengeluarkan dan memuat-naik Jelly Bean daripada peranti Galaxy Nexus yang diperolehi mereka pada acara Google I/O. Perkara ini sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia mula memuat-turun dan mencubanya sendiri pada peranti Galaxy Nexus mereka.

ROM Jelly Bean ini dikongsikan melalui forum terkemuka, XDA, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun dan memasangnya pada peranti Galaxy Nexus mereka.

Melalui Jelly Bean, ia membawakan pelbagai kemaskini padanya, termasuk Google mengatakan yang mana Android 4.1 versi ini memfokuskan kepada menjadikan Android lebih pantas, disamping membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk notifikasi yang lebih baik, sokongan papan kekunci yang boleh meramal perkataan dengan baik, dan beberapa fungsi lain lagi.

Bagi anda yang ingin mencubanya hari ini, mungkin boleh memuat-turun ROM Jelly Bean untuk Galaxy Nexus hari ini, ataupun menantikannya dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Terima kasih @dg__gb


TIPS & ULASAN