Walaupun mungkin lebih ramai ternanti-nanti akan tablet Nexus 7 daripada pihak Asus, namun berbeza, hari ini Asus Malaysia melalui halaman Facebook mereka mengumumkan yang mana mereka akan memasarkan tablet terkini mereka, Asus Transformer Pad Infinity di pasaran Malaysia bermula pertengahan Julai ini.
Melalui Transformer Pad Infinity, ia membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolsui 1920×1200 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, Cortex A9 – NVIDIA Tegra 3, ruangan storan terbina sehingga 64GB, memori sebanyak 1GB RAM, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang 8-megapixel, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diumumkan bersama-sama dengan pelancaran tablet tersebut pada bulan Julai kelak.
Exploring the ASUS Transformer Pad InfinityComing soon this mid July 2012.
— ASUSmy (@ASUSmy) June 27, 2012