Kemaskini Tango Diperkenalkan Untuk Pengguna Lumia 710 Dan Lumia 800 Di Malaysia

Kemaskini Tango Diperkenalkan Untuk Pengguna Lumia 710 Dan Lumia 800 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Akhirnya, hari ini para pengguna Nokia Lumia 710 dan juga Nokia Lumia 800 sudah pun boleh mengemaskini peranti mereka menggunakan Windows Phone Tango, sekaligus membawakan beberapa sokongan tambahan padanya.

Salah satu sokongan yang dibawakan adalah sokongan Internet Sharing yang membolehkan para pengguna berkongsi talian internet mereka kepada peranti lain dalam bentuk WiFi. Pada masa yang sama, kemaskini baru ini juga turut memudahkan pengguna mematikan suara dan bunyi pada peranti, dengan hanya memusingkannya. Beberapa aplikasi lain juga akan sedia untuk dipasang pada Lumia 800 dan Lumia 710 melalui kemaskini ini, seperti Camera Extras, Contact Share dan beberapa yang lain lagi.

Bagi pengguna Lumia 800 dan Lumia 710, anda boleh ke bahagian Settings > about > More Information, untuk melihat platform terkini , dan mula mengemaskininya hari ini.

Tips awal daripada Arif Ishak.


TIPS & ULASAN