Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, Google hanya menawarkan sokongan untuk memasang aplikasi daripada web Google Play pada peranti mudah-alih anda, kini web Google Play turut dikemaskini, membolehkan anda melakukan beberapa perkara lain dengan mudah melaluinya.

Bermula hari ini, anda boleh melihat aplikasi yang sedia terpasang pada peranti mudah-alih anda, disamping turut menguruskannya daripada web. Antara yang anda boleh lakukan adalah termasuk mengemaskini aplikasi, dan juga nyah-pasang sesuatu aplikasi pada peranti anda.

Bagi para pengguna Android, anda boleh ke halaman Google Play Apps hari ini, dan mula menguruskan aplikasi Android anda dengan mudah terus daripada web. Cubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd