Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk HTC One X Sedia Untuk Diuji

Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk HTC One X Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada June 28, 2012 oleh .

Ia amat mengejutkan apabila melihat pembangun sanggup bekerja dengan pantas dalam mengeluarkan versi pembangunan awal Jelly Bean untuk HTC One X. Namun, memandangkan ia bukanlah versi rasmi, dan masih pada peringkat awal, maka beberapa fungsi masih tidak terdapat padanya buat masa ini.

Pembangun yang berkongsi akan mengenainya melalui XDA Developers, memberitahu ia masih lagi tidak menyokong WiFi, Audio dan juga kamera pada masa sekarang ini, selain beberapa fungsi yang masih tidak diketahui lagi. Tetapi fungsi baru pada JellyBean seperti Google Now, papan kekunci yang baru, dan juga enjin carian yang dipertingkatkan sedia terdapat padanya dan boleh diuji melaluinya.

Seperti sedia maklum, sekiranya anda ingin menguji Jelly Bean pada peranti HTC One X, maka mungkin boleh memuat-turunnya dan mencubanya. Namun, seperti dimaklumkan, beberapa fungsi masih tidak dapat digunakan sepenuhnya buat masa ini, dan mungkin berubah dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN