Google Mengumumkan Pelayar Web Chrome Pada iPhone Dan iPad

Google Mengumumkan Pelayar Web Chrome Pada iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada June 29, 2012 oleh .

Nampaknya, Chrome bukan hanya ditawarkan pada platform Android, tetapi hari ini, Google juga mengumumkan aplikasi pelayar web Chrome untuk para pengguna iPhone dan juga iPad. Ia bakal diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi, secara berperingkat.

Chrome untuk iOS bakal membawakan fungsi yang serupa seperti pada Android, membolehkan anda sync pelbagai data pelayaran web anda dengan mudah, dan menggunakan hanya satu aplikasi dalam melayari web pada pelbagai jenis peranti, daripada desktop ke peranti mudah-alih.

Jadi, bagi para pengguna iOS, mungkin anda boleh nantikan pelayar web Chrome daripada Google, yang mana semestinya akan memberikan saingan hebat kepada Safari pada iOS.


TIPS & ULASAN