Google Mengumumkan Drive Untuk iOS Dan ChromeOS – Masih Tiada Untuk Linux

Google Mengumumkan Drive Untuk iOS Dan ChromeOS – Masih Tiada Untuk Linux

Diterbitkan pada June 29, 2012 oleh .

Setelah memperkenalkan Google Drive lebih kurang 10 minggu yang lepas, hari ini, Google mengumumkan aplikasi tersebut untuk para pengguna iOS dan juga ChromeOS, sekaligus membawakan pelbagai fungsi menarik daripada Drive kepada para pengguna iOS dan juga ChromeOS.

Pada iOS, Googel Drive berfungsi dengan sempurna, dimana bukan sahaja anda boleh menyimpan fail seperti biasa, tetapi turut memudahkan anda melakukan carian. Google pada I/O memperlihatkan demonstrasi, dimana mereka melakukan carian menggunakan teks, dan gambar yang berkaitan dengannya dipaparkan dengan pantas. Perkara ini sekaligus memudahkan anda membuat carian fail dan dokumen berkaitan, walaupun bukan jenis teks padanya.

Untuk ChromeOS, ia turut membawakan fungsi lebih kurang sama, sekaligus turut membawakan sokongan secara luar-talian. Melalui sokongan baru ini, anda boleh menggunakan aplikasi Google Docs seperti biasa, dan segala perkara akan disimpan pada komputer anda, dan apabila anda menyambungkan talian internet kembali, ia akan sync secara automatik. Perkara ini membolehkan anda membuat kerja seperti biasa, walaupun tanpa talian internet.

Kedua-dua sokongan ini akan diperkenalkan bermula hari ini kepada pengguna iOS dan juga ChromeOS.


TIPS & ULASAN