Carian
Muat-Turun Google Drive Untuk iPhone Dan iPad Anda Sekarang
June 29, 2012 Aman

Sepertimana yang diumumkan oleh pihak Google, kini para pengguna iPhone dan juga iPad sudah pun boleh memuat-turun Google Drive untuk peranti mereka terus daripada AppStore secara percuma.

Melalui Google Drive, selain hanya menawarkan ruangan percuma sebanyak 5GB, ia juga didatangkan dengan sokongan untuk membuat dokumen, dan berkongsi bersama rakan anda yang lain, serta berkolaborasi dalam bentuk masa-nyata.

Ia juga membolehkan anda memuat-naik pelbagai jenis fail termasuk gambar, dan melakukan carian dengan pantas pada bila-bila masa. Google Drive untuk iOs turut didatangkan dengan sokongan offline membolehkan anda terus melakukan kerja anda walaupun tidak mempunyai talian internet dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Drive untuk iOS daripada AppStore sekarang.

Komen