Cari @ Amanz

Selain berkongsi mengenai statistik semasa Chrome, Google juga secara ringkas mengumumkan mengenai angka pengguna GMail, dimana kini perkhidmatan emel percuma daripada Google itu mempunyai lebih daripada 425 juta pengguna di seluruh dunia.

Perkhidmatan emel daripada Google ini dimulakan sekitar 2004, dimana pada ketika itu, Google memasuki pasaran emel dengan menawarkan ruangan storan yang agak tinggi berbanding penyedia yang lain.

Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan lebih ramai gemar menggunakan perkhidamatan GMail berbanding penyedia emel yang lain. Disamping itu, Google sendiri menyediakan aplikasi GMail untuk iOS dan Chrome, selain mengintegrasikannya bersama-sama dengan Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd